Monday, January 10, 2011

Cadangan aktiviti bulan hadapan

Insyaallah selain mengajar untuk peserta-peserta catur bagi persiapan MSSD pada bulan March atau April ini,saya (Syazrin) akan mengadakan pertandingan catur 'age group by category' pada bulan hadapan.Hanya dua 'leg' yang diperkenalkan untuk aktiviti ini iaitu di Shah Alam dan juga Bangi.Format pertandingan adalah hanya 'limit' kepada 20 peserta bagi setiap kategori iaitu bawah 12 tahun lelaki,bawah 12 tahun perempuan,bawah 10 tahun lelaki,bawah 10 tahun perempuan.Lebih menarik lagi pertandingan ini hanya dibenarkan pemain yang mempunyai national rating 1200 kebawah sahaja dan yang tiada national rating. Dalam pada itu saya akan mempergiatkan lagi promosi kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka yang berpotensi dalam sukan catur.Untuk asas saya boleh memberi jaminan peserta-peserta akan berpuashati perkembangan dalam masa dua tahun.Untuk program seterusnya saya sudah merancang dari segi pembangunan melalui tenaga berpengalaman atau melalui sistem pembelajaran baru yang lebih berkesan melalui teknologi terkini.

No comments:

Post a Comment